Please scroll down to fill up the ORDER FORM (for serious buyer only!)

Click "OLDER POST" to view previous collection

Sunday, January 17, 2010

NoVel-NoveL terPakai in Da houSe!

RQ403
RM10 (including postage fee) - SOLD TO ASHIAH
Sinopsis:- Ria Qistina seorang remaja tomboy yg telah kehilangan kasih sayang drpd keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih sayang seorang lelaki. Baginya cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupan. Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina dengan dendam terhadap cinta lelaki. Mampukah mereka berubah?

HAD397
RM10 (including postage fee) - SOLD to Iera
Sinopsis:- Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasi. Namun, malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan, Daniel Ezairy. Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy telah jatuh cinta dgn Yasmin Nadilla walaupun dia telah ada kekasih. Yasmin Nadilla tidak dapat menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran. Sebaik sahaja dibebas, Yasmin Nadilla pulang ke kampung dan alangkah terkejutnya apabila mendapat tahu adiknya, Hasliza sudah berkahwn dgn Amran. Sejak Yasmin pulang, Hasliza tidak pernah tenteram. Dia takut kakaknya ingin merampas Amran kembali. Yasmin pula masih tidak boleh menerima hakikat dan ingin merebut kembali hati Amran. Pelbagai konflik berlaku dan Yasmin Nadilla membawa diri ke Terengganu dan di sana dia bertemu kembali dgn Daniel Ezairy.

BCB536
RM10 (including postage fee) - SOLD TO ASHIAH
Sinopsis:- Pergolakan cinta 3 segi antara Shahira-Anuar-Azlisyam. Anuar mencintai Shahira sejak dari bangku sekolah lagi tetapi Shahira hanya menganggap Anuar sebagai rakan baik. Setelah berada dalam dunia kampus Anuar masih berharap agar Shahira menerimanya. Kehadiran Azlisyam telah mewujudkan persengketaan dengan Syahira. Keadaan bertambah celaru apabila Syahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Namun perasaan benci bertukar menjadi sayang. Takdir dan suratan-Nya tiada siapa mampu menolaknya. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira-Azlisyam runtuh? Mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan hati Anuar yang setia menunggunya?

PAD 542
RM16 (including postage fee) -SOLD
Sinopsis:- Dahlia, sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!. Keadaan kian kusut apabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun TehTimor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya. Lalu apa pula muslihat Wadi? tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia demi mendapat kembali tanah milik datuk ayahnya? Hayati pesona Wadi dan Dahlia di dalam novel ini.

MD 449
RM 16 (including postage fee) - Available
Sinopsis :- Tiba-tiba satu lembaga putih kelihatan melayang-layang diudara. Masri yang terperanjat melihat fenomena aneh tersebut bangun dan mengikut lembaga itu. Dia melihat lembaga itu terbang ke arah surau dan kemudiannya ke pohon beringin yang tumbuh gagah di belakang surau. Masri mengucap dan beristighfar. Matanya melilau memandang kawasan sekitar. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30pagi. Sebuah novel misteri-romantis yang menarik untuk tatapan anda.

KYS 562
RM16 (including postage fee) - Available
Sinopsis:- Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...Ternyata doa Seth dimakbulkan. Nora Elena menjadi miliknya, namun kenyataan tidaklah seindah impian. Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya...Seth lah lelaki durjana itu. Menodai atas alasan kasihnya yang suci. Benarkah? Sebuah novel yang indah dan membuai perasaan. Tak rugi memilikinya!

HD 628
RM16 (including postage fee) -Sold to Iera
Sinopsis:- Peristiwa pahit yang berlaku pada hari pernikahan membuatkan Ira Fashua, wanita yang telah berumur tidak lagi mempercayai lelaki dan lamaran cinta yang bertandang. Namun, pertemuan dengan Erze Zullis telah merubah corak kehidupannya yang lama. Pertemuan yang tidak terjangka telah mencetuskan pertengkaran antara mereka. Pantang bertemu pasti percaturan kata akan terhasil. Kebencian sesama sendiri menular sehinggalah akhirnya Erze Zullis menyedari yang dia jatuh cinta dengan Ira Fashua walaupun Ira Fashua lebih tua darinya.
Namun dia harus bersaing dengan Xu Da Feng, usahawan berbangsa Cina-Korea yang berjaya menyuntik rasa cinta
di hati Ira Fashua. Siapakah pilihan Ira Fashua? Erze Zullis atau XuDaFeng?

HC 482
RM16 (including postage fee) - Available
Sinopsis:- Zara dan Zariz ibarat anjing dan kucing. Kedua-duanya berlainan sikap dan perangai. Andai berjumpa pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Zara berpendapat Zariz seorang pelaut yang ego. Zariz beranggapan Zara seorang gadis yang perasan cantik dan glamor. Ego yang beraja dihati membuatkan mereka saling menyakiti. Tanpa sedar dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai? Sebuah novel yang ditulis begitu teliti dan menambah pengetahuan kita tentang dunia navy.


**P/S : Semua novel dalam keadaan elok dan masih baru.
** Untuk kod RQ403, HAD397 dan BCB536 adalah koleksi CikBoolan 4-6 tahun yg lepas. Jadi keadaan buku sudah sedikit kotor dan kertasnya dah bertukar kaler sdikit. Namun jgn risau, tak ada page yang terkoyak ok!

No comments:

Post a Comment